Sunday, August 23, 2015

Gym week 1

Last week gym week 1.
Selasa and Rabu ke gym kelab tasik Cyberjaya. Jumaat gym office je.
Badan sakit. Kaki sakit. Semua sakit.
Jumaat timbang 61.8kg.
Matilanak.
Sangka baik. Water retention tu beb.
Tapi orang lain semua berat turun beb.
Aku sorang yang berat naik mencanak.
Nak kena start balik green tea la.
Kin boleh turun dengan green tea.
Kenapa aku tak boleh?
Argh. Tension pulak rasa.
Okbai.

Sunday, August 16, 2015

Ganggu Hubungan Orang Lain

Dalam hidup ni kita selalu buat silap. Dan sepatutnya bila dah buat silap tu pandai-pandailah kita betulkan balik supaya jadi betul. Tapi kalau kita masih buat silap juga agaknya apa yang kita patut panggil orang yang macam tu?

Aku boleh cakap orang macam tu bodoh. Dan aku adalah orang tu. Dah buat silap tapi tetap buat lagi. Dulu kata dah tak nak kacau hubungan orang. Tapi kenapa sekarang kau buat lagi Suhaila?

Kau tau budak kecik tu dah ada seseorang. Tapi kenapa kau nak juga kacau dia lagi? Kau sanggup ke tanggung risiko? Kau dah banyak kali menangis. Kau dah banyak makan hati. Tapi kau pujuk diri kau sendiri supaya positif. Kononnya. Haish.

Dah masalah sekarang bila benda dah jadi makin serius. Aku boleh kata serius la sebab ehm. Aku malas la nak cakap kat sini. Kau sendiri tau apa yang kau dengan dia buat. Walaupun bukan yang "seserius" tu, tapi yang permulaan ni lah yang nanti akan kecewakan kau sendiri.

Kau sendiri tau dia letak orang tu atas dari kau. Lebih dari kau. Kau sendiri tau dia buat baik denga  kau sebab kau ada depan mata dia. Kalau jauh, mahu dia ingat kat kau? Tak adanya weh. Tu pun kau masih nak kawan dengan dia lagi. Haish. Tak faham tahu tak. Sangat-sangat tak faham. Orang lain pun mesti akan marahkan kau kalau mereka tahu. Tapi kenapa kau masih tak nak sedar lagi? Sebab best ke apa? Seronok sebab ada kawan lelaki? Seronok sebab ada orang kau nak manja-manja? Adoiyai. Aku tahu kau nak mengaku semua benda tu betul.

Sampai bila nak biarkan benda ni macam ni? Sampai dia kahwin dengan orang tu? Haish.

Think.