Wednesday, February 11, 2015

Karok itu workout

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Alhamdulillah potluck simple-simple antara kawan-kawan exELTP dgn beberapa kawan office berjalan dengan lancar. Walaupun tak banyak makanan berat tapi pada aku ok la tu kan. Perut perempuan yang makan pun. Ni kan yang tak seberapa berat pun tak berapa nak habis, lagikan kalau banyak masakan berat. Alhamdulillah. Tak ada la kami membazir sangat. Hehehe.

Tengah-tengah tunggu nak solat Maghrib kat surau office, member whatsapp. Ajak karok weh. Aku on je. Pas habis solat, naik office ambil beg. Then chow.  Naik satu kereta je. Jimat. Hahaha. 2 jam balun karok. Suara pun tak ada.

Sekarang masa untuk tidur lah.

Tuesday, February 10, 2015

New me not new me

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Minggu lepas adalah minggu heaven.Heaven ke haven? Tak tahu la.
Makan memang tak ingat dunia.
Daripada 60.6kg 30Jan, pagi tafi timbang dah jadi 61.9kg semula.
Wow! Pencapaian yang amat memberangsangkan.
Bangga kau. Hahaha.
Harini start balik la.
Sebab dah masuk cabaran 2 minggu bersama-sama rakan KDA tu.
Tapi depa dah start Isnin. Semalam la.
Aku start harini. Lantak la depa nak cakap ape.
Bukan aku menang pun.
Haha.
Tak apa.
Yang penting usaha weh.
Harap-harap kuat la aku nak tempuh 2 minggu ni.
Jom.

Wednesday, February 4, 2015

1 bulan lagi

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Hatini 4 Feb. So genap lagi 1 bulan adalah 4 Mac.
Misi nak kurus selim melim masa hati jadi mungkin tak kesampaian.
Tapi andaikata saya start harini semula, misi tu akan tercapai.
Jadi..Adakah saya akan meneruskan misi saya?
Saya rasa malas sebenarnya minggu ni nak teruskan misi.
Lepas tu saya dah sedap makan bukan-bukan.
Aigoo..Macam mana ni.
Orang lain dah ramai yang kurus dah.
Saya bulat lagi. Tak berubah apa pun.

Hurmm..

*Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Tuesday, February 3, 2015

Berdezum naik

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Hari-hari yang saya lalui sekarang (baca:semalam dan harini) tidak seindah minggu-minggu sudah.
Diet yang dilupakan dan ditolak ketepi menyebabkan saya berasa tidak ingin untuk berdiet lagi.
Saya dah lupa azam yang saya baru buat semalam.
Apa nak jadi ni Suhaila.
Kenapa jadi macam ni.
Pagi tadi timbang berat naik jadi 61.8kg.
Kalau nak struggle habis memang masak la nak diet sungguh-sungguh kan.
Ni memang confirm Jumaat nanti mesti graf menaik.
Ye la. Jumaat kepas dah dapay 60.6kg. Harini timbang 61.8kg. Kalau nak dapatkan bawah/sama dari Jumaat lepas punya rekod, saya nak kena turunkan at least sebanyak 1.2kg!!
Eh! 1.2kg je la!!!!
Alaa..tapi harini air dah tak cukup dah. Memang tak boleh la nampak gayanya ni.
Agak-agaknya apa yang boleh bantu nak turun 1.2kg dlm masa 3 hari ni?
No makan malam? No air manis?
Hurmmm....

Monday, February 2, 2015

Februari

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Bulan Februari dah masuk bari ke-2.
Nak buat azam untuk bulan ni boleh tak?
Org dah biase buat azam untuk setahun kan?
So kalini kita tukar la. Kita buat azam untuk setiap bulan pula.
Hahaha.

Ok.
Bulan Februari ni saya nak berazam untuk:
1. Cuba diet sebaik mungkin.
2. Kurangkan minum air manis.
3. Elak makan malam. Kalau lapar (selalunya saya memang cepat lapar), saya akan cuba makan lewat petang.

Harap-harap saya akan buat yang terbaik la untuk azam ni.

*Misi tinggal 26 hari.

Salam.