Saturday, February 4, 2012

Blog Berinformasi

Dalam hidup aku ni banyak yang aku jealous dengan orang. Aku tak pasti la yang aku jealouskan tu adalah yang buruk atau yang baik. Salah satunya adalah tentang blog. Aku nak buat blog yang bagus macam orang lain punya. Yang memberi dan berkongsi informasi dengan pembaca. Tapi aku ni bukan la kreatif sangat. So aku rasa blog aku ni sangat membosankan. Tengok. Aku baca blog aku sendiri, aku yang rasa bosan. Agak-agaknya macam mana la orang lain baca kan?

Aku akan cuba seberapa yang boleh untuk memberikan sesuatu yang berguna kepada pembaca. Biar la ayat skema, yang penting aku nak tulis apa yang aku tulis. Lagipun takkan nak paksa orang untuk suka blog kita kan? Kalau orang suka tu dah bagus la. Yang penting, usaha.

Mungkin satu hari nanti, blog aku akan memberikan informasi yang berguna. Insyaallah.

p/s : Blog kita, kita punya suka lah.

Friday, February 3, 2012

Segalanya hampir pasti

Tajuk entry macam nak kompiuskan orang. Hahaha. Saja je nak buat kompiuskan orang.

Aku rasa nak cerita semua yang aku dah lalui setakat ni. Dari mula aku masuk UTM, sampai sekarang ni. Mungkin ramai yang tak tahu, so akan cerita semua (tak berapa nak semua kot) kalini.

Mula-mula dapat tawaran masuk UTM, aku pun dah tak ingat la macam mana. Tapi yang pastinya, masa tu aku dan Shida Salban dapat masuk sekali. Kawan kitorang, Nurul dan Siti dah terlebih dulu masuk sini. So nak kirakan kami ni junior depa la.

Masuk pendaftaran, aku boleh salah kolej pula. Aku pergi Kolej Tuanku Canselor. Tu la bahana kalau tak nak tanya kat orang. Hahaha. Tak apa la. Pengalaman kan semua tu.

Selesai pendaftaran, ambil gambar untuk kad matrik, apa-apa lagi entah, start la masa untuk orientasi. Masa ni dipanggil Minggu Haluan Siswa (MHS). Now minggu ni dipanggil Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM). Tak tahu la kot sesi depan akan tukar lagi. Sebab dengar-dengarnya moto UTM tukar lagi. Tak apa la. Abaikan.

Minggu Haluan Siswa. Berkumpulan dengan kawan-kawan dari pelbagai IPT. Kin, Ama, Mai, K.Ainun, Hani, yang lain-lain aku tak ingat. Maafkan aku. Hehehe.. Kerenah memang macam-macam la. Tapi semua memang best.

My roommate. Cikin. Nak aku letak nama penuh ke Kin? Sanggup dia duduk dengan aku sepanjang 2 tahun pengajian dia kat sini. Sangat terharu. Maklum la. Aku ni hanginnya pelik banyak. Tapi alhamdulillah sampai harini kami masih berkawan. BFF.

Julie, Wanie, Ecah, Sal, Eqa, Ching, Ruby, Kib, Ijan, antara lain yang rapat dengan kami sepanjang berada di UTM ni. Shida dan Liza pun rapat tapi dorang tak lama kat UTM. But still friends until now kan guys! BFF.

Lepas dorang habis belajar, aku rasa macam lost. Hari-hari rasa nak pergi jumpa dorang. Haish, Sebak lak tiba-tiba. Tak apa. Until now pun boleh jumpa. Tapi tak selalu.

Belajar. Tak nak belajar. Belajar. Tak nak belajar. Dah kena nasihat banyak kali pun tak makan saman. Ramai yang bagi sokongan dan dorongan, pun tak makan saman juga.

K.Sarah, Effa, K.Tie, ni semua kawan-kawan Ama dan Mai. Masuk Lawnbowl, kenal pula dengan Rina, Dayah, Izzah, Pah, Zaki, Hairi, Epul, Napi. Memang nice.

Scholar's Inn. Apply kerja kat sini. Part-timer. Diterima. Jumpa macam-macam orang lagi kat sini. Mus, Dayah, Isha, Zati, Aya, Moja, Sufee, Cimpeng, Kamal, Paktam, Akhram, Afif, ramai sangat la nak sebut. Hahaha. Bertukar-tukar orang sebab ada yang dah dapat kerja, ada yang berhenti atas sebab-sebab tertentu. Tapi still kawan sampai sekarang. Kalau jumpa still tegur. Tak ada masalah. Buat apa nak gaduh kan. Tak ada sebab kot. Hahahaha..

Staf Scholar's Inn, En. Madi, En. Jo, En. Ali, En. Zainon, En. Suhaimi, En. Zuraimi, dan Pn. Atipah. Awesome! Senang bekerjasama dengan depa. Alhamdulillah.

Insyaallah, kalau tak ada apa aral, selesailah segalanya di sini. Insyaallah. Semoga segalanya dipermudahkan lagi. Tinggal sikit je lagi. Kalau tak selesai juga, memang tak tahu la nak cakap apa. Pasrah kot. Hwaaa~

Tak sabar nak :
- Kerja
- Bayar hutang PTPTN (banyak wooooo~)
- Kumpul duit
- Beli rumah, beli kereta
- Kahwin

Insyaallah~~

* Banyak nak tulis. Tapi kalau tulis semua, seminggu pun tak habis kot.

Wednesday, February 1, 2012

Meng'edit' Blog

Dah lama tak edit blog. Diam tak diam dah masuk pukul 3 pagi. Tak perasan langsung.

Setelah berjam-jam edit blog ni, ni la hasilnya yang korang boleh tengok.
Tak la lawa mana, tapi boleh la kan.
Enjoice!

Makan bersama warga Sekolah Inn

Bekerja.
Pada malam hari.
Pindahkan barang dari office lama ke office sementara.
Tak la rasa penat sangat sebab ramai juga yang datang malam ni. Yang penting lelaki lebih ramai la.
Ye la.
Dah memang perempuan pun tinggal berapa orang je kan.
Angkut, jangan tak angkut.
Pindah-pindah, letak-letak, susun-susun semula semua barang staf kat office sementara.
Ketuanya, mesti la Abang Ali. :D
Sambil buat kerja, sempat lagi layan Vanilla Coklat.
Rugi beb kalau tak tengok.
So cute. Betul? Mesti ramai yang setuju kan.
Dah agak dah.
Makan time!
Warung Jalal. Depan balai bomba Taman U.
PakJo and Abang Ali join weh. Macam tak percaya pula.
Kecoh. Biasa la. Dah ramai-ramai macam ni ada je la yang kena sakat la, kena gelak la.
Macam-macam hal.
Habis makan, balik tidur la.
Nite!