Tuesday, January 31, 2012

Macam mana nak buat blog lebih menarik

Tu la yang aku fikir selama ni. Macam mana nak buat blog lebih menarik. Hah! Salah satunya dengan menambah gambar. Betul? Ya, betul. Tapi malangnya aku tak ada kamera nak snap gambar sana, snap gambar sini. Malang. Sedikit malang.

Jealous wooo tengok blog orang lain cantik-cantik, menarik-menarik, walaupun simple-simple. Tak apa. Belajar sikit-sikit. Dah berapa lama aku buat blog ni? Aku pun tak ingat. Hehehehe..

Masih Berdentum Lagi

Guruh masih berdentum lagi. Eh, bukan guruh la. Mercun rupanya. Hehehe. Ya. Chinese New Year dah lepas. Tapi rasanya berdentum lagi ni sebab nak sambut Chap Goh Mei pula kan. Mereka pun macam kita juga la kot. Lepas sambut Raya Aidilfitri, kita sambut Raya Korban pula. So lebih kurang dengan mereka juga la kot kan. :D

Teringat masa pergi pesta tanglung kat tasik UTM. Dengan Kinkin, Juljul, dan Ecah. Rasanya macam Sal ada sekali la. Hehehe.. Banyak betul tanglung. Rasa macam nak beli semua. Tapi sebab sayang pulus sangat, so kami beli yang kecil-kecil je. Kat mana entah tanglung tu. Mesti dah ku buangkannya kan. Haish..

Rasanya kat Malaysia ni tanglung tak boleh dilepaskan ikut suka dah. Sebab takut berlaku kemalangan udara dengan kapalterbang. If I'm not mistaken la.

Next......

Monday, January 30, 2012

Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum. Rasanya wajar aku ucapkan salam dulu sebelum aku memulakan celoteh yang seterusnya. Setelah hampir setengah tahun rasanya, akhirnya aku update semula blog aku ni. Sebelum ni rasa malas betul nak update sebab tak tahu sebenarnya nak tulis apa. Dulu buat blog ni pun atas rasa nak rasa jugak berblogging macam orang lain. Hehehe. Well, itulah manusia. Aku rasa ramai orang yang macam aku. Mengikut-ikut dan terikut-ikut.

Mungkin ramai tak tahu apa aku buat sekarang ni. Maksud aku, adakah aku sekarang sudah bekerja, atau masih belajar. Untuk yang tahu, tahulah. Untuk yang tak tahu, aku tak salahkan siapa-siapa. Biarlah rahsia. Tak berapa penting kot. Yang penting, aku akan memulakan sesuatu yang baru selepas ni. Mungkin dalam masa terdekat, atau mungkin beberapa bulan dari sekarang. Bergantung kepada rezeki. Rasa nervous pula tiba-tiba. Takut wooo....

Penghargaan yang sangat tak terhingga kepada semua yang telah memberikan sokongan pada aku. Tak tersenarai rasanya kat sini. Boleh kalau nak disenaraikan. Tapi rasanya sampai esok pun tak siap. Nampak sangat ramai yang tak jemu-jemu bagi perangsang pada aku kan. Semua mengharapkan aku buat yang terbaik. Semua mengharapkan aku selesaikan segalanya di sini. Terima kasih sangat-sangat kepada semua. Tapi aku nak minta maaf sangat sebab keputusan tak sehebat rakan-rakan yang lain. Sekadar cukup untuk melepaskan diri ini. Insyaallah. Ada orang cakap. "Ala.. PSM je pun..". Memang. PSM je. Tapi mungkin untuk aku yang tak berapa nak teguh dan kukuh ni, aku rasa ini sesuatu yang berat. Takut andaikata tak lepas juga. Mana la tahu kan. Tak apa. Insyaallah. Alhamdulillah. Sekarang mahu tukar semua kepada yang dapat pahala saja. (^_^)

Entry kali ni nak celoteh panjang-panjang sikit sebab nak bagi reader penat nak baca. Nak gambar ke? Minta maaf. Tiada gambar. Anggap saja sedang membaca journal ya. Goodluck!

Nak baca lagi ke? Tiba-tiba rasa malas nak berceloteh lagi dah. Sampai sini dulu. Jumpa lain kali. Assalamualaikum.