Wednesday, December 25, 2013

Kampung Halaman nan Indah dan Permai

Dah kenapa tajuk entry panjang pula ni. Hmmm.. Hehehe.. Punya la nak tunjuk betapa kampung halaman tu sangat lah seronok yang amat kan.

21-25 Disember 2013. 5 hari menghabiskan waktu cuti kat kampung menang tak dapat nak digambarkan dengan kata2 la. 24 jam dapat tengok muka mak, adik beradik & anak sedara walaupun tak semua ada, tapi dapat lepaskan rindu kat diorang.

Abang putih yg jual ayam percik kat pasar malam tu ada lagi uolsssss... Hihihi.. Dari aku kecil sampai aku dah tua ni abang tu masih berniaga lagi. Dan dia masih handsome lagi. Haaaa.. Nampak tak kegedikkan kat situ. =) Cuci mata. Siapa yg tak suka. Double gedik.

Siapa balik kampung kalau masih on diet memang aku salute habis la. Mana taknya. Dengan nasi tomato, spaghetti, ikan masin, sambal, masak lemak, asam pedas... Perghhh.. Memang bertambah la nasi. Tak ada istilah lapar la. Memanjang kenyang je. Hikhikhik..

Yang best nya balik kampung kali ni sebab dapat berjalan. Pergi Tanjung. Tengok org main layang2. Duduk tepi Tanjung tu. Bau air Sungai Muar. Angin menderu-deru. Amannya. Lama dah tak lepak sini. Last tahun 2010 kot sebelum Julie kahwin.

Semalam petang sempat pergi Sawah Ring. Anak sedara nak mancing katanya. Main layang2 la, mancing la, naik basikal baru MakLong la. Semua dibuatnya.

Sila la tengok gambar mana yg ada ea. Enjoyyy~

Friday, December 20, 2013

Thursday, November 28, 2013

Azam Tahun Baru

2012
1. Grad degree
2. Kerja
3. Kumpul duit
4. Kurus

Alhamdulillah. 2012 berjaya juga aku meng'grad'kan diri aku ni. Sampai max sem uols. Betapa bertuahnya UTM dapat student bernama Suhaila ni. Habis rosak percentage kelulusan. Hahaha..

Alhamdulillah sekali lagi sbb lebih kurang sebulan lepas grad aku dapat kerja. Even sebagai ELTP (training program), aku tetap bersyukur. Dapat la kumpul duit sikit2.

Kurus je yg tak tercapai. Hahaha. Wellll...

2013
1. Ambil lesen memandu (kereta)
2. Beli kereta
3. Kurus

Alhamdulillah. Aku pun tak tau macam mana aku boleh nak 'ter'ambil lesen memandu ni. Alhamdulillah sekali test je dah lulus. Tapi kalau campur yg dolu tu punya ni kali ketiga la kan. Hahaha

Alhamdulillah lagi sekali sebab lepas dapat lesen je terus aku beli kereta. Walaupun cuma Saga Flx tapi untuk aku ni boleh la kan.

Kurus pun belum tercapai. Hahaha. Wellll..

2014
1. Tukar kerja
2. Kumpul duit
3. Beli rumah
4. Kurus

Ok. Plan untuk 2014 mungkin tukar kerja lain. Tapi mungkin end of year kot. Then sambung kumpul duit. Hahaha. Beli rumah untuk disewakan (extra income).

Harapan untuk kurus tu harus diteruskan. Hahaha..

*entry kali ni banyak hahaha dan alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Wednesday, October 9, 2013

Maafkan aku jika kau terpaksa pergi...

Aku check balik list draft entry blog ni. Terjumpa pula tajuk entry ni.
Aku buka, aku tengok tak ada pun yang aku tulis untuk tajuk entry ni.

Tapi aku tetap ingat apa yang aku nk tulis sebenarnya untuk entry ni.
Tapi aku taknak la tulis.

Cuma yang aku boleh cakap entry ni untuk seseorang tu, yang mana aku terpaksa sesuatu, bukan sesuatu pun tapi sesuatu la untuk membuatkan dia pergi dari aku. Sebab aku tak boleh nak pergi dari dia. Sebab aku sayang dia. Cuma cinta tu tak ada.

Tapi...
Tu semua benda lama.
Kisah lama.
Dah bertahun.
Sekarang dia dah kahwin, anak sorang mungkin lebih.

Eh banyak drama la aku ni.

Semalam Yang Hilang

Dah macam tajuk drama pula.


********************

Beli tanah tepi sungai then buat rumah mcm rumah kat Janda Baik. Buat kolam tgh2.. sweet.. Ombak Rindu.. Ada air terjun.. Sanggup keluar masuk hutan.. Eh.. Apa ada hal.. Yang penting dia dengan aku..

Tangan menggeletar.. Apakah?
Sekadar suka saja2 atau?
Nak buat mcm mana?
Serabut!

Orang cakap kalau suka bagitau je.
Tapi kalau kena reject mcm mana?
Perigi cari timba! Haih!
Buat malu je la.

Mungkin sbb dia orang baru kot sbb tu aku rasa mcm nk tersuka je.
Lagipun aku tak layak untuk siapa2.

Menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang..
Cewahh.. Bila masa pulak la..


********************

Ada ke orang yang baca blog aku ni? Hope tak ada la. Kalau tak buat malu je.
:p

Monday, June 17, 2013

Hectic vs KakoTalk

Baby Busy

*Sumber Pakcik Google Sakit Badan


*Sumber Pakcik Google

Baby tu comel macam aku. Yang sakit badan tu pn montel macam aku. Aku montel lg la. Huh

Tapi baby tu lagi busy dari aku lah. Aku kerja duduk je harini. Tapi bukan duduk sorang, aku duduk dgn bos. Dan yg tak bestnye aku duk melahu je. Tengok je bos aku buat kerja. Tu yg badan aku sakit tu. Badan aku lagi montel dari makcik dalam gambar atas ni. Ces.

Sebabnya lah kan untuk orang yg tak tau, aku ni kalau buat kerja bukan reti duduk diam je kat kerusi tu. Setiap 15 minit ke setengah jam aku mesti bangun. Bangun pergi toilet la (sebab minum air banyak), bangun kacau orang la, pergi pantry ambil air la, itu la ini la. Ni bila satu hari dari pagi sampai petang aku kena duduk dengan bos aku jadi dah tak keruan dah. Air confirm tak cukup dh sebab bila duduk dengan bos aku tak minum air lah kan. Elok-elok aku boleh habis 2.5L, harini aku baru minum 1L je!! Arghhhh!! Tension makcik tau!!

Siapa dah install KakaoTalk? Aku suka bunyi notification dia. Comel. Kakao~ Kakao~

Saturday, June 15, 2013

Makan + Cuci Mata + Riadah + Lepak

4 in 1 la tonight. Baru best..

Dah macam takde hari lain. Semua kitorang wat malam ni jugak. Hahaha.

Pasar malam Presint 2.

Giant Bangi.

Kompleks Sukan Presint 8.

Restoran Al-Naz Maju.

Dah pukul 1 pg. Lepak lagi anak dara ni kat luar. Boleh dikata kurang akhlak tak kalau macam ni ye?

Tambah kalori > Bakar Kalori.
Agak-agak berapa kalori yg aku amik dan yg dh aku bakar harini? Tk boleh nak agak sangat la. Kena range Sifu Nisah ni. Hehehehehe..

Oh ye. Sy gune Blogger apps for mobile. Meaning to say entry ni sy buat dari telefon menggunakan aplikasi Blogger yg sy install dari Google Play. Terima kasih Sifu Nisah. =)

Macam nak pergi karok je bunyi dorang ni. Hahaha..

Friday, June 14, 2013

Long Time No See

Long time no see!~ Dah lama tak jumpe.. ♪♫ Dah lama tak berjumpa rindu rasa hati Inginku bertemu denganmu~ ♪♫ Eh! Dah menyanyi pulak..
For the very first entry untuk tahun ni dan untuk kesekian lame dah tak tulis apa-apa entry ni, baiklah jika kita mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.. Tu je lah.. To be continued.. *Hihihihihi..