Monday, August 16, 2010

Berbuke di bilik saje..

Mcm baru harini je berbuke kat bilik.Hihi..Harini entry gune bahase pasor mlm je la ek. Harini buke biase2 je. Beli nasi+cendawan grg+kentang smbl+sup kentang. Balik bilik wat sambal ikan bilis. Ni sume atas permintaan Kib. Slalu nasi msk sndri je. Tapi sbb nk wat sambal, so nasi beli je la. Kang nk wat sambal lain, nnti nk kne basuh lg utk msk nasi pulak kn. =)

Bile msk2 cani, teringat mase diploma dulu. Msk ke dulu? Haha.. Slalu jugak la msk. Ye la..Ade dapor kn. Senang la nk main msk2. Nk msk ape, sebut je. Gulai kambing, tenggiling grg cili padi, sume blh. Haha.. X la smpai mcm tu skali. Wat yg biase2 je. Nasi grg, mihun grg, cekodok ikan bilis. Maklum la. Aku ni bukannye Chef Wan. Anak die pn bukan. =) Kelengkapan blh dikatekan agk lengkap la. Kuali, periuk, lesung batu. Hah..Sbb tu la rajin msk. Hihihi..

Rindu gile kat dak umah..

Thursday, August 12, 2010

Rindunya kat mak + kampung..

Tiba-tiba terasa pulak nak share dgn korang pasal kerinduan yg amat pd emakku yg tersayang nun jauh di kampung tu. Minggu lepas tak dapat balik sebab ada degree++ ASP.net. Dah la semua adik-beradik balik. Ingat senang ke semua nak berkumpul sama2 kalau bukan time raya. Time raya pun susah nak berkumpul sama2 tau. Huhu.. Memang sayu betul hati ni la. Dah macam lirik lagu la pulak. Aduh~..

Tapi kesayuan hatiku haritu terubat jugak la dengan kedatangan kakakku membawa barang2 yg diminta oleh aku. Hehe.. Ada beras, bawang, bilis, tepung, gula, kentang.. Tak sia2 jugak aku tak balik. Sayang jugak kakak aku kat aku kan. Walaupun kakak aku sampai dah lewat dah, pukul 1 lebih (pagi ok, bukan petang), tapi bersyukur sangat sebab dapat jugak rasa nasi ambeng dari kampung. Yummy~.. :D

First time berbuka puasa hari puasa pertama tak bersama family. Sebelum ni kalau first day puasa mesti berbuka dengan mak, takpun dengan kakak je la. Maklum la. Ada kakak duduk dekat dgn UTM ni kan, Hehe.. Minggu ni nak balik pun tak boleh jugak. Ada degree++ ASP.net lagi. Kalau minggu lepas utk Basic, minggu ni utk Advanced pulak. Semoga ilmu2 yg aku perolehi mendapat keberkatan dariNya. Amin...

Teringat kalau nak sahur tu, mesti bangun awal sebab nak tolong mak kat dapur. Padahal kadang2 tak tolong apa sangat pun. Setakat tolong panas2 kan lauk je, tapi kena la tolong kan. Lagi2 kalau ramai yg balik. Hehe..

Rindu kat mak..

Drama favourite sekarang

Epilog Syurga Cinta. Yes. Ini la cerita favourite aku sekarang ni. Walaupun aku tak pernah tengok live kat tv, tapi aku follow this drama melalui on9 TV3. Pada pendapat aku, cerita ni menarik utk ditonton bersama rakan-rakan dan juga family. Tapi ofcos la aku layan cerita ni sorang-sorang. Kat lab pula tu. Haha.. Kantoi mengular masa buat PSM. Cet.. Adik Mia memang comel. Lakonan Zizan Nin memang tak dapat disangkal la kehebatannya. Fida, sangat bersahaja. Thumbs up to Fida.

Before this aku layan Dunia Baru Reunion kat gua.com.my. Memang layan gila la tengok cerita ni. Setiap kali aku tengok cerita ni mesti aku ketawa tak tahan2 punya la. Haha.. Memang kelakar habis. Lagi2 bila tengok kerenah+gelagat gila2 sengal si Tajol tu. Memang sengal betul. =p
"Baby, baby, baby ooo like.. baby, baby, baby nooo.." [Tajol]
"Teett..tet tenet tenet teettt.." [Mariah kembar Sariah]

Apa lagi ea cerita yg aku tengah layan sekarang? Hmm...

Anyway, comel tak layout baru aku? hehe

Tuesday, August 3, 2010

Tahniah utk die

Baru jap tadi aku baca status one of my friend kat facebook. Status dia kata dia jadi makcik harini, dan tambah geng dalam family. Habis je baca status dia, I'm starting to wondering angah ke yg dah dapat anak? So aku pun godeh la profile dia untuk mendapatkan kepastian. Godeh punya godeh, nampak la satu folder album "majlis abg kiter". Displayed pic kat album tu macam muka angah. So buka album tu, tengok la satu-satu gambar yg ada dalam album tu. Yeah.. Memang pasti tu adalah angah. Dia kawin bulan November 2009. Isterinya sangat cantik. Dan maybe ketinggian isteri dia tu lebih kurang aku je. So sweet. Terubat juga kerinduan, lama tak nampak muka angah. Mesti baby girl dia sweet macam dia and isteri dia juga.

Anyway, congrats to angah @ Mohd Faizal Abd Samad and his wife. May Allah bless u both and ur baby forever. :D

Thursday, July 29, 2010

w3e3e3e3eho0o0o0o0o

Haha.. Tak ada apa sebenarnya nak tulis dalam blog ni. Tengah time kemalasan melanda ni, kosong la entry. Tak ada idea plus malas. So....... Kosong......

Pagi tadi masa on the way ke fakulti, nampak banyak sangat polis kat area bangunan baru buat. Bangunan mana? Biarlah menjadi rahsia sekejap. Hihihi.. Ada yang tau tu, tau la. Kemudian hari confirm ramai yang tau kan. Terkejut juga tengok ramai-ramai polis kat kawasan tu. Tapi dalam hati dh dapat agak dh apa jadi kat situ. Hmm.. :D

So kita nantikan la berita esok ye..

Tuesday, July 13, 2010

Semester Baru Bermula Lagi

Ni minggu pertama perkuliahan. Walaupun aku sebenarnya dh ada lama kat UTM ni, tapi minggu pertama kuliah la minggu yg paling sibuk utk semua student. Is it right all my friends? Haha.. And same to me la as one of UTM students. Khamis lepas daftar subjek. Nak daftar 1 subjek je, tapi busynye kalah orang yg daftar 5 6 subjek. Kihkih. Khamis tak setel, bawa ke Jumaat. At last, tak setel juga sebab Pn Razana [my PA] tak dapat dijumpai.

Selasa datang semula ke fakulti. Jengah bilik Pn Razana. Tak ada. Pergi makmal, berbual-bual dgn En. Zahari. Cadang nak tukar tajuk. Hmm.. Tapi boleh ke. Yer.. Sangat buang masa kan aku ni. Keluar makmal, terserempak pula dgn En. Din. "Eh, Chu-aiiiiiii..." Aduh.. Panjang lak dia nye panggil tu. Pastu terserempak dgn Pn. Azurah pula. Aku dah cuak je nak jumpa dia. Huhu.. Tapi Pn. Azurah bercakap dgn sangattttt lembut dgn aku. Rasa nak menangis time tu juga. Terharu siott.. Jahatnya aku ni, masih boleh beliau bercakap dgn mesra seperti tiada apa-apa perasaan marah and whatever. Beliau suruh aku buat juga sampai siap. Beliau kata jangan buang masa lagi, macam-macam la beliau cakap pada aku.

Yg merunsingkan aku sekarang ni, siapa pula SV aku utk PSM II ni? Pn. Azurah cakap Pn. Razana. Bila jumpa Pn. Razana, Pn. Razana tak mau sebab under beliau dh ramai budak. So????? Hmm.. Kena setel dgn Pn. Azurah la nampaknya. Tapi tak jumpa lagi Pn. Azurah. Wanie kata, "Takpe. Buat je.. Tak kisah la siapa SV.. Yg penting buat.." Betul juga apa Wanie cakap tu..

Chaiyok Chu-ai !!!!!

Friday, July 2, 2010

Semingguan...

Selalu orang cakap seharian bla bla bla. Ni aku nak cerita semingguan aku pula.

Perkenalan
Jumaat lepas aku balik kampung. Sabtu malam boleh pula ada mamat salah hantar mesej. Rasanya dia nak bagi kat kawan dia, nak ajak keluar pergi bandar. Setelah semingguan selidik - tapi tak selidik banyak sangat pun - dapat tau umur dia dah 30. Suami orang. Tapi dia kata dia dalam proses cerai. Hmm.. Lelaki. Ada je alasan dia. Yang ada konon isteri tak layan la. Tak bahagia dengan isteri la. Tu la. Ni la. Adakah aku akan tertipu lagi???? Persoalan yg menarik. So far, dalam minggu ni dah 2 kali jumpa dia. Orangnya jenis cakap ikut suka suki je. Agak-agak progress baik ke lepas ni? Tapi dia suami orang!!!

Pindah Bilik
Isnin. Sedang ku enak berbaring-baringan di atas katil di ex-bilik Ijan, aku terdengar ketukan bertalu-talu yg agak kuat di pintu bilikku. Bila ku buka, rupa-rupanya Abang Mat daa.. Rupanya dia nak suruh kita pindah bilik haritu juga sebab dia kata takut nanti makcik cleaner tak sempat kemas. Maklum la. Hujung minggu ni kan budak baru nak masuk untuk MHS.

Dengan segera dan tak mandinya aku pun sarung tudung terus pergi ke office K9. Tanya-tanya, aku dapat bilik asal. 3103. Hehehehe.. Agak gumbira la. Tapi fikir kat tingkat 3 tu, penat la pulak. Tapi apa pun, tetap suka. Yeay !! Terus balik bilik, kemas-kemas semua. Kul 3.30 kot, pergi office tukar kunci. Aku dan Nilam berlari-larian memindahkan barang kami ke bilik baru/lama aku. Berlarian ke? Naik lif lagi ada. Haha.. Habis angkat barang, sapu-sapu and mop bagai, susun la sikit-sikit barang yg ada. Nilam kata nanti tak cantik. Haha.. I LIKE THIS GIRL. Hihihi.. Siap je kemas, EZ mesej minta tolong angkat barang dia pula. Aduih.. Lenguh kaki. Tak apa. Lagipun tadi dah janji nak tolong EZ. Memang mula-mula EZ kata nak pindah esoknya je. Tapi aku kata, kalau esok sama juga. Alang-alang penat, biar penat terus. Huhu.. Nasib baik bilik EZ kat ground level je. Tapi menapak jauh juga la. Jam menghampiri 5.40ptg, Kib balik dari fakulti. Dia terkejut sebab EZ dah angkat barang. Tapi tak apa la. Hihi.. Kib puasa rupanya haritu. Pastu kami pun cepat-cepat la tolong EZ angkat barang tu sebab dah janji nak pergi pasar malam sama-sama. Huish. Penat tu weh. Tapi pasar malam tetap pasar malam ok. Yoshh.. Kaki ni lenguh dekat 3 hari juga la.

Lagi??

Claim Duit Yuran
Selasa pergi temankan Nilam ke Bendahari. Ada benda dia nak setel. Masa dia jumpa staf bertugas tu aku terdengar la pasal kredit-kredit ni. Aku pun tanya la apa benda yg dia cerita kan tu. Dia cerita la pasal kalau daftar bawah 5 jam kredit, boleh claim balik yuran - kalau yuran tu UTM kira full. Sampai je fakulti, aku terus la bukak Aimsweb, check balik sem bila yg aku daftar bawah 5 jam kredit. Pastu terus pergi office minta surat menyatakan aku bawah 5 jam kredit. Setelah berbincang whatever, surat pun siap la. Petang pergi Bendahari semula. Staf kat kaunter tu kata tak boleh claim pula sebab semester lazim la apa la. Aku pun tak faham. Lastly, Puan tu suruh kami jumpa Puan yg kat dalam bilik [pangkat lagi besar la tu]. Satu habuk aku masih tak faham. Haha.. Tapi Puan tu suruh je Puan yg kat kaunter luar tu buat je claim tu. Kalau dapat, dapat la. Kalau tak, bukan rezeki kami orang la. Hokies..

Wednesday, June 23, 2010

KCT 1 = RM66550

Yer. Akhirnya harini kita tau dah siapa yg dapat bid nombor plat KCT 1. Sebelum ni kecoh kata Datuk CT bid no tu lebih dari 100K. Tapi harini kita tau dah no plat tu suami dia yg bid dengan harga RM66550. Kiranya tak la mahal sgt dia bid kan. Nak banding dengan TAY 1 satu masa dulu, kalau tak salah RM220K kan? Hmm..Orang dah banyak duit sampai tak tau nak halakan duit tu ke mana. Haa.. Campak la kat JPJ. Baik bagi kat aku. Kompem aku buat rumah baru, beli kereta baru.


bharian.com.my

Aku pula memang ada nombor plat idaman iaitu JSJ 4385. Johor, Suhaila Jalil, 4385 tu adalah tarikh lahir aku 04 Mac 1985. Hihihi..

Well..We'll see..Adios..

Tuesday, June 22, 2010

Janji Akim kepada Stacy


So sweet bila baca satu artikel kat murai.com.my mengenai Akim dan Stacy. Menurut artikel tu, Akim dan Stacy saling sayang-menyayangi walaupun keluarga mereka tak merestui hubungan mereka. Maklum la. Berlainan bangsa dan agama kan. Memang selalu sangat kita dengar cerita kalau pasangan berlainan bangsa dan agama, keluarga tak merestui hubungan mereka. Selain Akim dan Stacy, Harith Iskander-Jasmine adalah contoh lain walaupun mereka akhirnya mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan.

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Ulang Chorus

Aku janji padamu
Akan mencintaimu

Ulang Chorus

Takkan menduakanmu

Istinjak, Sertu dan Samak


Apa ke halnya aku mengutarakan tajuk entry aku macam ni?
Hah..
Sebenarnya aku nampak ada orang letak wall picture kat facebook tu tentang perihal sesuatu yg patut dijadikan renungan semua umat Islam.



Bukan sekadar renungan, tapi panduan buat kehidupan


Pastu mereka (facebook user) yg tengok gambar ni pun komen la macam2 tentang gambar ni. Yg menarik perhatian aku adalah tentang sertu dan samak yg dorang cakap. Ada sorang ni cakap, sepengetahuan dia, pegang babi kena sertu bukan samak. So aku nak taulah kebenarannya. Maklum la. Aku ni bukan tau sangat bab2 macam ni. Dan di bawah adalah hasil yg aku dapat hasil pencarian aku d Google.


ISTINJAK, SAMAK DAN SERTU

1. Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.

2. Hukum istinjak adalah wajib apabila seseorang itu membuang air besar atau kecil. Istinjak boleh dilakukan dengan air, atau batu atau benda-benda kesat. Menggunakan kedua-duanya (air dan batu atau benda-benda kesat) dalam satu masa sebagai alat istinjak adalah lebih afdal (baik).

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Bila salah seorang antara kamu pergi buang air hendaklah beristinjak dengan tiga biji batu, kerana
demikian itu cukuplah untuknya (Riwayat An-Nasai dan Abu Daud)

3. Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak termasuklah:

(a) air mutlak;

(b) benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu, kayu, daun kering, kertas, dan sebagainya.

4. Alat-alat yang diharamkan untuk beristinjak termasuklah:

(a) bahan-bahan makanan seperti roti;

(b) tulang-tulang binatang;

(c) kertas yang tertulis nama Allah S.W.T., ayat -ayat Al-Quran dan Al-Hadis.

CARA BERISTINJAK

1. Istinjak boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu :

(a) menggunakan air mutlak;

i. bersihkan tempat keluar najis hingga suci dan dan bersih

ii. pastikan hilang bau, rasa, rupa, dan warna najis tersebut.

(b) menggunakan benda kesat atau batu

i. hendaklah dicalitkan tempat keluar najis sebanyak tiga kali,

ii. jika menggunakan satu batu, hendak disapukan pada tiga penjuru batu tersebut,

iii. sekiranya masih belum bersih, wajib diulang sehingga benar-benar suci.

(c) menggunakan air dan batu;

i. menyapu tempat keluar najis dengan batu sehingga hilang najis tersebut,

ii. kemudian, dibersihkan dengan air untuk menghilangkan rasa, bau, dan warnanya

Cara ini adalah yang paling afdal jika dibandingkan dengan cara (a) dan (b).

2. Selepas selesai beristinjak, kita disunatkan membaca doa memohon kepada Allah S.W.T. supaya kita tergolong dalam golongan yang bersih dan beramal soleh.

3. Beristinjak dengan benda-benda kesat mempunyai beberapa syarat, iaitu:

(a) alat tersebut kering dan bersih;

(b) alat tersebut bukan daripada benda yang

(c) diharamkan seperti makanan atau yang seumpama dengannya;

(d) najis tersebut masih belum kering;

(e) najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya;

(f) disapu sebanyak tiga kali, tetapi sekiranya belum bersih hendaklah diulang lagi sehingga bersih;

(g) tidak ada benda-benda lain yang melekat di tempat keluar najis.

Hikmat-hikmat beristinjak termasuklah:

(a) menjauhkan diri daripada kuman yang membawa penyakit;

(b) supaya badan dalam keadaan sihat dan bersih;

(c) dapat mengerjakan ibadat kepada Allah S.W.T., dengan khusyuk;

(d) mengelakkan daripada dipandang jijik oleh orang lain;

(e) supaya anggota badan tidak dijangkiti oleh pelbagai penyakit.

SAMAK

1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)

SERTU

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali
dan satu kali dengan air tanah.

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.

HIKMAT SERTU DAN SAMAK

1. Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit-kulit binatang.

2. Supaya manusia dapat menggunakan kulit-kulit binatang dengan selesa dan bersih.

3. Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan

semua peralatan harian.

4. Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.

5. Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.

6. Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.


Sekian..Renung2kan dan selamat beramal.. :D

Thursday, June 17, 2010

Bercuti ke jogjakarta


Kaklong pergi Bandung 2 kali. Tapi tempat lain2 la. Aku nak cerita lebih2 pun aku tak tau sgt nama tempat yg dia pergi tu apa. Haha.. Masa dia kata dia nak pergi Bandung (kali ke-2), aku saja je la cakap, kenapa tak belikan tiket aku skali. Hehe.. Actually, saja je melawak dgn dia masa tu. Pastu maybe dia take serious ke apa ke, dia cakap ok lain kali kita pergi sama ye. Hehe..Gumbira walaupun tak sure betul ke dia cakap tu.

Nak dijadikan cerita, haritu Kaklong mesej la tanya aku nak g Jogjakarta tak bulan 3 tahun depan? Ada kelas tak masa tu? Aku pun reply la cakap la masa tu Insyaallah dah habis belajar dah and maybe tgh kerja. Haha.. Alkisah dia nak sponsor la kot kalau aku tak kerja lagi. Kihkih.. Aku cakap je la aku ok je. Pastu dia minta la nama penuh and no. IC bagai. Pastu berapa minit ke berapa jam entah, Kaklong mesej balik dia kata tiket ke Jogja dah ditempah.





Haha..Very the gumbira la jap. Tak tau nak kata apa. Betul ke aku dapat bercuti ke Jogja ni??

Tuesday, June 15, 2010

ahh..aku terperangkap rupenye..

Memang tidak bernasib baik harini. Ingatkan dapat balik awal, makan awal. Dah la perut sudah lapar bangat ni. Jam menunjukkan ke 1832 waktu tempatan. Aku sedang berada di Skudai, Malaysia ye kawan2.

Di kala aku tengah menulis entry ni, perut aku sedang merasa pedih, kepalaku sedang pening + sakit sebab lapar yg amat. Siap kemas, aku pun pergi la ke pintu lab then aku pun sentuh la smart card lab tu ke tempat yg sepatutnye. Then, "tet, tet, tet.." Aik..Apesal byk pulak bunyi tet dia ni. Selalunya skali je. Aduh...Rupenya pintu dah dilock la. Dah tak boleh keluar masuk dah. Hahahaha...

Aku pun onkan balik laptop, on9 YM, then buat conference dgn Kin n Jul. Ayat pertama aku utk dorang,

"Aku terperangkap dlm lab la.."

Hahaha..On9 la aku sampai kul 8..Pastu nanti boleh balik, MAKAN !!!!!!!

*sengal

update facebook profile

Actually aku bukannye edit profile aku pun. Aku cume edit frens list kat fb tu. Dah lame nak buat sebenarnye. Cume waktu ni la baru rase betul2 nak buat.

Aku tengok ramai jugak yg dalam list aku tu yg aku tak kenal. Biase la. Bile orang add, kengkadang aku ni main approve je. Aku tak ingat la ade berapa orang dalam frens list aku tu. Yg pasti aku siap wat kategori utk frens tu semua. UTM, POLI JB, SMKTM, SKS5D, dan IMGLAD 2010. Ha.. Senang aku nak recognize dorang kalau dorang tukar nama ke nama yg pelik2 pun.

Ada la beberapa orang yg aku delete tu sbb aku tak kenal. Dan ade jugak yg aku delete tu aku kenal tp aku dah tak mau kenal dah. Sebabnya dah tak best nak kenal dah. Haha.. Tak la..Sebenarnye sebab orang2 tu dah tak mau kenal aku dan dah tipu aku. So..Hmmm...

And at last, after dekat 1 jam lebih jugak la aku rase, aku abis jugak edit frens list tu.

*Puas

Thursday, May 6, 2010

Tak Dapat Pegi Infosys

At last, aku tak dapat juga pegi Infosys Foundation Program kat Unimas tu.
Semalam aku sampai UTM kul 5. Tumpang tido kat bilik Ijan. Tadi tengahari pegi la fakulti, ikut Ijan jumpa TDA. Aku ingatkan jumpa bagi pihak aku. Rupenya pasal die nye surat nak mauk lambat ke cane, mcm tu la. Aku dah terpinga-pinga jap, sbb TDA kata tak boleh masuk lambat. TDA suggest tarik diri dari Infosys atau tangguh pengajian 1 sem. Aku dah terpikir sorang-sorang dah. takkan aku nak kena tangguh pengajian juga. Aku tak nak dah tangguh-tangguh lagi. So aku jumpa Pn Razana. Minta pendapat. Pn Razana tak bagi pegi. Sebab beliau tak bagi aku extend sem lagi. Pastu aku call la En Hafifudin, orang KPT. Dia macam bengang juga la sbb aku tolak di saat-saat akhir. Memang la. Kalau aku jadi beliau pun aku bengang. Mereka dah state dah kat Akujanji yang sesiapa yg tolak akan dikenakan penalti whatever. Hmm...

Pastu petang, aku jumpa la Pn Azurah di bilik En Din. Aduh..Memang tak reti nak cakap mcm mane la. Pastu dah bincang-bincang, bla, bla, bla..Kata putus, En Din kata, "Awak fikir la mcm mana. Tapi kalau saya, memang saya siapkan projek dulu." Hwaaaaaa....

Banyak sebenarnya yg En Din dan Pn Azurah cakap, tapi la ni aku tak ingat. Rasa macam di awang-awangan lagi. Blur semua ada. Tak ada apa dalam kepala hotak aku ni. Yg aku tau malam ni wat surat Penolakan Dari Menyertai Program Infosys tu, esok pagi fax dan call En Hafifudin tu.

*Kecewa.

Wednesday, April 28, 2010

tucen

Perihal si Puteh, tucen Pn Rubinah[kak Ru, my sis]. Tersangat la suke membuat aksi-aksi yg tak sepatutnye. Haha.. Sebenarnye yg tak dijangka. Ni die tidor kat tmpt yg muat-muat die baring je. Depan die tu kipas. Tu yg die bantai tidor tak hengat dunia tu.


posisi #1


posisi #2
Baring mengangkang dengan kipas duk depan die. Sedap la tu angin tiup kat die je. Aish..


posisi #3

Kalau nak ikutkan banyak lagi posing-si Puteh ni. Ni belum lagi aksi daripada Si Tompok. Lain kali aku citer pasal Tompok pulak ek..

Puteh + Tompok + Kuning = Tak Tau Wane ape.. hehe..

Saturday, April 17, 2010

SyaFiq ExciDent

Ya Allah..Kuatkanlah kakakku demi menempuh segala dugaanMu Ya Allah. Ni dah kali kedua Syafiq excident. Tak sampai sebulan pas excident kali pertama, die dah excident lagi. Aku tgh syok chatting dgn Kin, and suddenly got a call from Pn. Ruzita [my sis]. "Dik, akak kat hospital JB lagi ni. Syafiq excident." Ya Allah. Berderau jap darah aku bile kate Syafiq excident. Baru haritu excident, ni dah excident lagi. Hmm.. Dugaan betul. Maybe Pn. Ruzita ingat aku kat UTM, so die call aku la kan. Dgn harapan aku dapat teman die kat hospital[tu ape yg aku rase la. :D]. Tapi I'm very sorry my sis, I'm in KL. Waaaaa.....Aku SMS Cik Sairah, Pn. Rohaidah and Pn. Rubinah, telling them about the incident. But no reply from Cik Sairah, hmm.. Dah tidur la tu. Aku tak bgtau Pn. Supiah, sebab die dh masuk tidur awal dh. En. Manan[my bro-in-law], sedang meeting kat luar rumah. Die masuk je, aku terus bgtau la Syafiq excident. Haish...

Pagi, kami balik JB. Melihat keadaannye, kami syukur. Walaupun banyak luke, tulang pinggul beralih, tp he still ok. Still can remember and can think what happened. Sebabnye die pakai HELMET. Mase excident haritu, die tak pakai helmet. Tu yg effect kat kepala tu. Tengkorak retak. Ape cer. Aduhhhh...

This noon, akan pegi HSA semula. Nak tengok keadaan die lagi.

p/s : Pakai lah HELMET[dgn cara yg betul]. Anda mampu mengubahnya.

Thursday, April 15, 2010

BARU


Hah..Lame tak masuk entry. Bukan sbb takde story, tp sbb malas. Tu je la kejenye. Malas, malas, malas. Bile entah nak rajin.

Entry ni pasal DAPAT BAJU BARU. Thanks tu my bro-in-law. Die la yg bagi. Sume org dapat, jgn risau. Cume bahagian masing2 la kan. Syukur ape yg diperolehi. Hehe..


Levi's


Hard Rock


GAP

Bes!!!

Saturday, April 3, 2010

$!@NG+M@L@M

Kenyang2. Rase macam dah lame je tak makan nasi. Malam ni makan Nasi Goreng Ikan Masin. Memang dah lame gile tak makan nasi goreng ikan masin ni. Pegi kafe dgn Wanie. Wanie beli Nasi Goreng Kampung, Kak Ainun pulak kirim Nasi Goreng Tomyam.

Mule2 tu nak beli burger sebenarnye. YM Wanie ajak pegi beli burger, pastu die kate burger tak bukak. Wahh.. Kecewanya diriku rase. Pastu tu yg kitorang pegi kafe beli nasi tu.

Siang tadi kemas bilik. Kemas2 sume, angkat tilam naik katil, masukkan ape yg boleh masuk ke dalam almari, kemas suratkhabar yg telah aku sepahkan sebelumnya, sapu2 bilik2 [banyaknye rambut gugur..], and at last bilik aku sudah kembali [agak] kemas.

**Lupe gile nak amik gamba sebelum and selepas kemas bilik.

|30$@N



BOSAN..
SANGAT AMAT TERAMAT BOSAN..
Sape yg dapat menghilangkan kebosanan aku tanpa mengeluarkan pulus ni..Ting Ting !! Hahahaha..

Basuh baju, 2 mesin terus, 1 mesin utk baju yg cerah2, and 1 mesin lg utk baju gelap2 plus jeans. Start kul 12.15, kul 1 dah pegi amik. Selesai sudah. Alhamdulillah. Sesi nak menyidai pulak. Naik tingkat 4, takde kosong. Turun tingkat 2, Alhamdulillah, ade jugak kosong. Sidai punye sidai, aku sudah sidai 2 ampaian la. Perghh.. Nampak sgt la kebanyakan baju yg aku basuh. Hekhek..Tak cukup lg 2 ampaian tu, naik tingkat 3, sidai lg 5 6 helai baju yg tinggal. Selesai. Lega. Takde baju kotor dah. :D

Masuk bilik. Tension datang semula. BILIL BERSEPAH. Aduh. Cane nak kemas ni weh. Malas + tak rajin + tak nak.

Hmm.. On9 la dulu.. Nanti jap2 lagi aku kemas.

Friday, April 2, 2010

Pej. Imigresen + Plaza Larkin + Pelangi Mall + Mydin


Hah..

Bangun seawal jam 8 pg [patutnye kul 7.30 dh kena bangun], terus SMS Ijan bgtau baru bangun. Rupanya die pun baru nk mandi. After siap mandi, siap2 sume, rupenye EE baru bangun. Aku on9 la dulu. As usual la. Aku kan kaki on9. Wondering cane la bile dah pegi Sarawak nanti. Dapat ke tak aku nak on9 hari2. Huh..

Jam hampir ke jam 10pg, kami pun bergerak ke Pekan Rabu. Tujuannye adalah utk ke Pejabat Imigresen utk membuat Dokumen Perjalanan Terhad (DPT). Gara2 bersetuju mengikuti program Infosys. Malas nk citer la program ni. Hakhak..

Waduh..Lame gile rase kitorang kat Imigresen ni. Isi borang, amik gamba. Dah la gamba tak lawa. Siot tol la kedai tu. Hamik gambo gune kamera biase je. Pastu gambo muke jadi kelabu. Ces..


*mukeku kelabu*


Tunggu punye tunggu, dekat kul 12.30 tghri selesai sudah separuh proses. Kena datang balik kul 3.30 ptg utk amik DPT tu.

Tempat seterusnya, pegi mane ek. Lupe sat. Hahahaha.. Kami pegi Plaza Larkin. KACANG POOL HAJI yg sedap. SEDAP2 !!

Sudah kenyang, kami ke Plaza Pelangi, sebab Ijan and EE kate mereka tak penah pegi. OK. Hehehehe...

Ijan shopping sakan seh.. Borong 2 baju terus. Comey der baju2 tu. :D

Waktu sudah melepasi 3.30 ptg. So kami rushing la ke Pekan Rabu semula. Jalan jauh, jalan jauh. Aku pun tak tau nak citer cane. Hahahaha.. Pegi jalan jauh, balik pun jalan jauh. Mane2 pun jalan jauh. Hikhik..

*Dokumen Perjalan Terhad*


*isi kandungan DPT hakhak*


DPT = valid for 5 years. So kami boleh terbang suke suki ke Sarawak. Hehehehehehe..







Melepaskan kerinduan


Kua dgn member2 [UTM Lawnbowl athlete + SUKMA Johor athlete] pegi makan kat Warisan Wak Radol. Alhamdulillah mereka berpuashati dgn makanan yg mereka order. Mee bandung, Mihun Soto, Soto, and ofcos Sate Warisan Wak Radol.

Then, next destination is .... Jeng, jeng, jeng..Hehehehehe.. Kami pegi Euro Funfair, yg kat sebelah Plaza Angsana tu.

Rina and her bf main Vortex. Aku penah main, gile takut+cuak+rasenakmati. Haha.. Dapat nampak Rina + her bf senyum je sepanjang Vortex tu pusing. Aish.. Gile berani dorang ni.


*Vortex*


Pastu kami bersama-sama main Sky Rider. Amik seat yg paling lua, sbb before dis aku duk seat tgh. So I want to feel the different experience. Perghh.. Memang beza. Rasa nak tercampak, rasa nak langgar je tiang2 and board2 yg ade kat sekeliling Sky Rider tu. Aish..

*Sky Rider*


Next, aku, Rina and Izzah main Challenger pulak. Yg ni gile hebat. Bak kate bf Rina, "Aku tengok korang mcm naik blender.." Hahahaha.. Sebab bende tu pusing2 + hayun2 mcm hape je..

*Challenger*


Balik, sian Rina pale pening+loya nk muntah. So Pah la kena drive sebab Izzah pun dh mcm ibu mengandung yg morning sickness [tp Rina worse la..poor Rina..].

+ Dh muntah..hahaha..rugi mkn td. +
~ SMS to Kak Chuk from Rina

Thursday, April 1, 2010

JPJ Test

Menjalani ujian memandu JPJ..

Bukit passed, even 2 trial..
Parking, ofcos passed..
3 pointer, surprisingly, failed..
4x mati enjin bile nk start jln utk kua dari kotak 3pointer tu..

On the road..
Memula ok je la even ade la 2 3 kali jgk mati enjin. Tapi at last bile smpai first trafik light, lampu merah, ofcos la stop rite. Then bile nk jalan balik tu, enjin mati lg..2 kali..Abang JPJ tu terus bukak seatbelt, die terus kate, "Dah, dah.." Huwaaaaaa......Rase nak menangis time tu jugak. Tapi tak boleh menangis pun. Sampai ke la ni aku tak menangis lagi. Sebab aku dah tau ape salah aku.

*Peringatan utk masa depan, balance la clutch and minyak betul2 ye..

29 Mac 2010

*Coolblog, Milk Tea Chocolate plus Pearl..Nyam2..Puas hati..

*Makan2 bersama K.Sarah, K.Ainun, Mai, Syafiq, Raimi, Fikri, Faizal, and beberapa rakan2 yg bekerja bersama K.Sarah.. [all is on K.Sarah]

*Tak yah msj. Last k.. [adamshahir] Apakah salahku, apakah dosaku..Hahahahaha...As u wish la encek..Ade aku kesah..Takde pun..Sebenarnye bukan tak kesah, aku kesah..Sebabnye aku ni tak layak ke nak jadi kawan die..Aku ni banyak songeh sgt ke..Aku tau la aku ni tak lawa, gemok..Hmm..Takpe la Suhaila..Sabo je la ek..

Friday, March 26, 2010

n0th!ng

Ish..Harini tetap tak wat ape2 pun..Sedar2 dah kul 5..

Malam ni nak pegi makan2..Nyam2..

d!nn3r

Kak Sarah taknak pegi dinner, die kate die penat. Sian kat die, sebab die bekerja keras berjual kat Pesta Konvo UTM ke-44. Penat dh pujuk die pegi dinner [yg die dh bayar tu], tapi die berkeras taknak jugak..Huhuhuhu...

Akhirnya aku dgn gumbiranye ikut la K.Ainun, Mai and Nik pegi dinner dorang..Aku pakai sempoi je seh..Taktau la nape aku boleh tak terpikir nak pakai ape..Hmm..Memang rase mcm selekeh sgt dgn pakaian aku tu.. Sbb penah pakai baju tu keluar biase2 je..Ces..

Bile dah sampai M-Suite Hotel [di mane berlangsungnye kejadian dinner tu], mereka2 yg hadir pakai sgt mengancam la weh..Name pun dinner kan..Mesti la kena jangok..Jadi mcm aku, kena gelak je la..Hahahahaha..

Pastu dh duduk, duk pikir2, kan cantik kalau aku pakai baju yg aku pakai ni dgn inner itam, tudung sarung yg trend terkini tu, pakai rantai aku yg wane putih tu, pastu pakai selendang yg mengerlip [walaupun tak brape sgt mengerlipnye tu] tu kan..Ish2..Nape la aku tak terpikir tadi ye..Dah aku jadi tak jangok..Hahaha..


selendang itam yg tak brape mengerlip bersame rantai putih


Takpe la..Lain kali akan ku pakai sebegitu rupe..Tapinye bile? Huh..Kena tunggu dinner jgk ke? Kompem la takde lg dah dinner.. Waduh2..Rugi ni, RUGI !!!!

Thursday, March 25, 2010

p3n!ng.. yg m@n3 1..

p3n!ng, p3n!ng, p3n!ng, p3n!ng.....

Ape yg aku pening, aku sendiri pun tak tau.. Orang suruh buat PSM, aku tak mau buat.. Bile dah jadi macam ni, mula la nak menggelabah.. Sendiri mau ingat la kan.. Hamik ko..

********************

22 Mac 2010

MOE : TAHNIAH ! Anda dipanggil utk menduduki Ujian Ke-2 MTest ps 27/03/2010. Hah !! Menjerit terus aku di kala tu.. Nasib baik la duk dalam bilik sensorang.. Hahahahahahaha... Gumbira tak terkata... Nak bgtau sape ni? Ish.. Macam segan je nk bgtau org.. Kihkih.. At last aku bgtau jugak kat Kak Ainun n Mai.. Hihihihihi...

23 Mac 2010

Ijan call, pastu die pas call tu kat sorg LELAKI.. Cakap punye cakap, rupenye aku dapat g Program INFOSYS.. Ish.. Dah pening dah.. Nak bg keputusan ape ni, last2 aku cakap kat Dr Murtadha [lelaki yg dlm call tu la], aku akan bg keputusan esok.. Dr M suruh aku jumpe Cik Nadia kat bilik Dekan.. Wokey..

25 Mac 2010

Lepas jumpe Cik Nadia, borak2 sikit pasal Infosys tu, aku on9 la.. Kalau tak on9 tak dapat la aku nak masukkan cite ni kan.. Aku YM la dgn kakak aku, Pn. Supiah, pasal program Infosys tu.. Die tanye tu ni tu ni.. Aku pun jawab la ni tu ni tu.. Hahaha.. Die kate ok.. Die tanye lg, Kak Long cakap ape? Aduh.. Aku pun cakap la.. "Tak bg tau Kak Long lg.. Huhu..

Pastu aku check gmail.. Dapat email dpd IMGLAD pulak.. Interview 9 & 10 April.. Aduh..

********************

Hmm.. Tu la yg berlaku sepanjang minggu ni.. Sume best.. Tapi ade jgk yg tak best sebenarnye.. Yg tak best tu malas la nak cite.. Nanti tak pasal2 serabut palotak aku.. Huh..

Friday, March 5, 2010

chipsmoRe


Here i come again on my new entry.. At last, after beberapa buLan tak update, because of maLas yg amat.. Hmm.. Nothing much to story, coz dah tak ingat nak cerita apa..

IMGLAD Sport's Day



P.E.A.C.E yall..



Eventhough i'm not an IMGLADian, but i still join their sport's day coz i was there as a cameragirl.. I like that title actually.. Look cute.. "Cameragirl, cameragirl, sini la amik gambar kite.." Hahahaha...

The best part is, until now tak ramai yg tau aku ni bukan IMGLADian.. Hehehe.. They thought that i am a part of them.. So glad jugak kaLau aku dh jadi a part of them coz x payah la susah2 aku nak kena wat PSM.. Hahaha.. That's a good reason.. I Like..!!!


pose d blk tiang letrik tzzzzttzzz mati kau hahaha


pose d blk pagar wekkk





bubbling sparuh mulut bbbrrrrrr



*gambar2 yg dipaparkan adalah exclusively for the blogger followers.. tidak dipaparkan di mane2 tempat, even di facebookku.. hehehehe...
**berbeLang sudah mukaku... waaahaaahaaaa....



04 March 2010

040310... Nombor nye takde La lawa sangat, but not bad la kan.. Keluar pegi Sinabong (bak kata Rina Lawnbowl..mis her a lot..), makan2 n then kami decide pegi karok kat Angsana..

Location : Plaza Angsana
Secret Agent : C85, J85, K85, P86, Z88 (wondering..wondering..)

Nyanyi2, tibe2 cikin blh suruh jack pause lagu.. n then.. Jeng jeng jeng..

Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Chu-ai/Suhaila..(byk version tu...hehehe...)
Happy birthday to you..

Hahahahaha... bes gile siot...

Pastu ape lagi... Sambung nyanyi la... Sakit2 tekak sume org.. Sampai batuk2.. Biase la tu.. Name pun karok kan.. Kalau tak sakit tekak, tak best la.... ^_^

my 25th birthday card


*thanks to Wanie, Julie n Kin for de cutiey card.. Mmuahh...