Wednesday, June 23, 2010

KCT 1 = RM66550

Yer. Akhirnya harini kita tau dah siapa yg dapat bid nombor plat KCT 1. Sebelum ni kecoh kata Datuk CT bid no tu lebih dari 100K. Tapi harini kita tau dah no plat tu suami dia yg bid dengan harga RM66550. Kiranya tak la mahal sgt dia bid kan. Nak banding dengan TAY 1 satu masa dulu, kalau tak salah RM220K kan? Hmm..Orang dah banyak duit sampai tak tau nak halakan duit tu ke mana. Haa.. Campak la kat JPJ. Baik bagi kat aku. Kompem aku buat rumah baru, beli kereta baru.


bharian.com.my

Aku pula memang ada nombor plat idaman iaitu JSJ 4385. Johor, Suhaila Jalil, 4385 tu adalah tarikh lahir aku 04 Mac 1985. Hihihi..

Well..We'll see..Adios..

Tuesday, June 22, 2010

Janji Akim kepada Stacy


So sweet bila baca satu artikel kat murai.com.my mengenai Akim dan Stacy. Menurut artikel tu, Akim dan Stacy saling sayang-menyayangi walaupun keluarga mereka tak merestui hubungan mereka. Maklum la. Berlainan bangsa dan agama kan. Memang selalu sangat kita dengar cerita kalau pasangan berlainan bangsa dan agama, keluarga tak merestui hubungan mereka. Selain Akim dan Stacy, Harith Iskander-Jasmine adalah contoh lain walaupun mereka akhirnya mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan.

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku

Ulang Chorus

Aku janji padamu
Akan mencintaimu

Ulang Chorus

Takkan menduakanmu

Istinjak, Sertu dan Samak


Apa ke halnya aku mengutarakan tajuk entry aku macam ni?
Hah..
Sebenarnya aku nampak ada orang letak wall picture kat facebook tu tentang perihal sesuatu yg patut dijadikan renungan semua umat Islam.



Bukan sekadar renungan, tapi panduan buat kehidupan


Pastu mereka (facebook user) yg tengok gambar ni pun komen la macam2 tentang gambar ni. Yg menarik perhatian aku adalah tentang sertu dan samak yg dorang cakap. Ada sorang ni cakap, sepengetahuan dia, pegang babi kena sertu bukan samak. So aku nak taulah kebenarannya. Maklum la. Aku ni bukan tau sangat bab2 macam ni. Dan di bawah adalah hasil yg aku dapat hasil pencarian aku d Google.


ISTINJAK, SAMAK DAN SERTU

1. Istinjak ialah menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.

2. Hukum istinjak adalah wajib apabila seseorang itu membuang air besar atau kecil. Istinjak boleh dilakukan dengan air, atau batu atau benda-benda kesat. Menggunakan kedua-duanya (air dan batu atau benda-benda kesat) dalam satu masa sebagai alat istinjak adalah lebih afdal (baik).

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Bila salah seorang antara kamu pergi buang air hendaklah beristinjak dengan tiga biji batu, kerana
demikian itu cukuplah untuknya (Riwayat An-Nasai dan Abu Daud)

3. Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak termasuklah:

(a) air mutlak;

(b) benda-benda yang kesat, keras dan kering seperti batu, kayu, daun kering, kertas, dan sebagainya.

4. Alat-alat yang diharamkan untuk beristinjak termasuklah:

(a) bahan-bahan makanan seperti roti;

(b) tulang-tulang binatang;

(c) kertas yang tertulis nama Allah S.W.T., ayat -ayat Al-Quran dan Al-Hadis.

CARA BERISTINJAK

1. Istinjak boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu :

(a) menggunakan air mutlak;

i. bersihkan tempat keluar najis hingga suci dan dan bersih

ii. pastikan hilang bau, rasa, rupa, dan warna najis tersebut.

(b) menggunakan benda kesat atau batu

i. hendaklah dicalitkan tempat keluar najis sebanyak tiga kali,

ii. jika menggunakan satu batu, hendak disapukan pada tiga penjuru batu tersebut,

iii. sekiranya masih belum bersih, wajib diulang sehingga benar-benar suci.

(c) menggunakan air dan batu;

i. menyapu tempat keluar najis dengan batu sehingga hilang najis tersebut,

ii. kemudian, dibersihkan dengan air untuk menghilangkan rasa, bau, dan warnanya

Cara ini adalah yang paling afdal jika dibandingkan dengan cara (a) dan (b).

2. Selepas selesai beristinjak, kita disunatkan membaca doa memohon kepada Allah S.W.T. supaya kita tergolong dalam golongan yang bersih dan beramal soleh.

3. Beristinjak dengan benda-benda kesat mempunyai beberapa syarat, iaitu:

(a) alat tersebut kering dan bersih;

(b) alat tersebut bukan daripada benda yang

(c) diharamkan seperti makanan atau yang seumpama dengannya;

(d) najis tersebut masih belum kering;

(e) najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya;

(f) disapu sebanyak tiga kali, tetapi sekiranya belum bersih hendaklah diulang lagi sehingga bersih;

(g) tidak ada benda-benda lain yang melekat di tempat keluar najis.

Hikmat-hikmat beristinjak termasuklah:

(a) menjauhkan diri daripada kuman yang membawa penyakit;

(b) supaya badan dalam keadaan sihat dan bersih;

(c) dapat mengerjakan ibadat kepada Allah S.W.T., dengan khusyuk;

(d) mengelakkan daripada dipandang jijik oleh orang lain;

(e) supaya anggota badan tidak dijangkiti oleh pelbagai penyakit.

SAMAK

1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)

SERTU

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali
dan satu kali dengan air tanah.

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.

HIKMAT SERTU DAN SAMAK

1. Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit-kulit binatang.

2. Supaya manusia dapat menggunakan kulit-kulit binatang dengan selesa dan bersih.

3. Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan

semua peralatan harian.

4. Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.

5. Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.

6. Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.


Sekian..Renung2kan dan selamat beramal.. :D

Thursday, June 17, 2010

Bercuti ke jogjakarta


Kaklong pergi Bandung 2 kali. Tapi tempat lain2 la. Aku nak cerita lebih2 pun aku tak tau sgt nama tempat yg dia pergi tu apa. Haha.. Masa dia kata dia nak pergi Bandung (kali ke-2), aku saja je la cakap, kenapa tak belikan tiket aku skali. Hehe.. Actually, saja je melawak dgn dia masa tu. Pastu maybe dia take serious ke apa ke, dia cakap ok lain kali kita pergi sama ye. Hehe..Gumbira walaupun tak sure betul ke dia cakap tu.

Nak dijadikan cerita, haritu Kaklong mesej la tanya aku nak g Jogjakarta tak bulan 3 tahun depan? Ada kelas tak masa tu? Aku pun reply la cakap la masa tu Insyaallah dah habis belajar dah and maybe tgh kerja. Haha.. Alkisah dia nak sponsor la kot kalau aku tak kerja lagi. Kihkih.. Aku cakap je la aku ok je. Pastu dia minta la nama penuh and no. IC bagai. Pastu berapa minit ke berapa jam entah, Kaklong mesej balik dia kata tiket ke Jogja dah ditempah.





Haha..Very the gumbira la jap. Tak tau nak kata apa. Betul ke aku dapat bercuti ke Jogja ni??

Tuesday, June 15, 2010

ahh..aku terperangkap rupenye..

Memang tidak bernasib baik harini. Ingatkan dapat balik awal, makan awal. Dah la perut sudah lapar bangat ni. Jam menunjukkan ke 1832 waktu tempatan. Aku sedang berada di Skudai, Malaysia ye kawan2.

Di kala aku tengah menulis entry ni, perut aku sedang merasa pedih, kepalaku sedang pening + sakit sebab lapar yg amat. Siap kemas, aku pun pergi la ke pintu lab then aku pun sentuh la smart card lab tu ke tempat yg sepatutnye. Then, "tet, tet, tet.." Aik..Apesal byk pulak bunyi tet dia ni. Selalunya skali je. Aduh...Rupenya pintu dah dilock la. Dah tak boleh keluar masuk dah. Hahahaha...

Aku pun onkan balik laptop, on9 YM, then buat conference dgn Kin n Jul. Ayat pertama aku utk dorang,

"Aku terperangkap dlm lab la.."

Hahaha..On9 la aku sampai kul 8..Pastu nanti boleh balik, MAKAN !!!!!!!

*sengal

update facebook profile

Actually aku bukannye edit profile aku pun. Aku cume edit frens list kat fb tu. Dah lame nak buat sebenarnye. Cume waktu ni la baru rase betul2 nak buat.

Aku tengok ramai jugak yg dalam list aku tu yg aku tak kenal. Biase la. Bile orang add, kengkadang aku ni main approve je. Aku tak ingat la ade berapa orang dalam frens list aku tu. Yg pasti aku siap wat kategori utk frens tu semua. UTM, POLI JB, SMKTM, SKS5D, dan IMGLAD 2010. Ha.. Senang aku nak recognize dorang kalau dorang tukar nama ke nama yg pelik2 pun.

Ada la beberapa orang yg aku delete tu sbb aku tak kenal. Dan ade jugak yg aku delete tu aku kenal tp aku dah tak mau kenal dah. Sebabnya dah tak best nak kenal dah. Haha.. Tak la..Sebenarnye sebab orang2 tu dah tak mau kenal aku dan dah tipu aku. So..Hmmm...

And at last, after dekat 1 jam lebih jugak la aku rase, aku abis jugak edit frens list tu.

*Puas