Sunday, August 23, 2015

Gym week 1

Last week gym week 1.
Selasa and Rabu ke gym kelab tasik Cyberjaya. Jumaat gym office je.
Badan sakit. Kaki sakit. Semua sakit.
Jumaat timbang 61.8kg.
Matilanak.
Sangka baik. Water retention tu beb.
Tapi orang lain semua berat turun beb.
Aku sorang yang berat naik mencanak.
Nak kena start balik green tea la.
Kin boleh turun dengan green tea.
Kenapa aku tak boleh?
Argh. Tension pulak rasa.
Okbai.

Sunday, August 16, 2015

Ganggu Hubungan Orang Lain

Dalam hidup ni kita selalu buat silap. Dan sepatutnya bila dah buat silap tu pandai-pandailah kita betulkan balik supaya jadi betul. Tapi kalau kita masih buat silap juga agaknya apa yang kita patut panggil orang yang macam tu?

Aku boleh cakap orang macam tu bodoh. Dan aku adalah orang tu. Dah buat silap tapi tetap buat lagi. Dulu kata dah tak nak kacau hubungan orang. Tapi kenapa sekarang kau buat lagi Suhaila?

Kau tau budak kecik tu dah ada seseorang. Tapi kenapa kau nak juga kacau dia lagi? Kau sanggup ke tanggung risiko? Kau dah banyak kali menangis. Kau dah banyak makan hati. Tapi kau pujuk diri kau sendiri supaya positif. Kononnya. Haish.

Dah masalah sekarang bila benda dah jadi makin serius. Aku boleh kata serius la sebab ehm. Aku malas la nak cakap kat sini. Kau sendiri tau apa yang kau dengan dia buat. Walaupun bukan yang "seserius" tu, tapi yang permulaan ni lah yang nanti akan kecewakan kau sendiri.

Kau sendiri tau dia letak orang tu atas dari kau. Lebih dari kau. Kau sendiri tau dia buat baik denga  kau sebab kau ada depan mata dia. Kalau jauh, mahu dia ingat kat kau? Tak adanya weh. Tu pun kau masih nak kawan dengan dia lagi. Haish. Tak faham tahu tak. Sangat-sangat tak faham. Orang lain pun mesti akan marahkan kau kalau mereka tahu. Tapi kenapa kau masih tak nak sedar lagi? Sebab best ke apa? Seronok sebab ada kawan lelaki? Seronok sebab ada orang kau nak manja-manja? Adoiyai. Aku tahu kau nak mengaku semua benda tu betul.

Sampai bila nak biarkan benda ni macam ni? Sampai dia kahwin dengan orang tu? Haish.

Think.

Sunday, March 8, 2015

Gagal dan ulang lagi

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Gagal dan ulang lagi.
Memang tak dapat dipisahlan lagi dengan Suhaila bila dia berdiet.
Jumaat dia rasa dia dah makan dengan agak selamat. Cuma mungkin kurang air masak dan ada kunyah kerepek dan muruku.
Sabtu timbang naik jadi 60.8kg.
Rekod pada Jumaat pagi ialah 60.5kg.
Ohhemji.
Sabtu dan Ahad memang cheat.
Itu memang tak dapat dinafikan langsung.
Sabtu:
Mee siput dan sambal
Karipap 1biji
Keropok lekor 4 biji
Mihun sepiring kecil
Air kopi 3in1 3 hirup
Grill dan steambot dan tembikai
Ahad:
Keropok lekor berketul-ketul
Karipap sardin 1biji setengah
Kari kambing
Ayam masak merah
Buah tembikai dan tembikai susu
Sosej Mydin

Haaaaa.....Bukan cheat sikit-sikit.
Ini memang totally cheat.
Bak kata Anis, ini namanya tak diet.
Hadoi.

Agak-agak berapa la timbang esok ye?
Nak timbang ke tak nak?
Nak timbang ke tak nak?
Nak timbang ke tak nak?
...............................

*Beringatlah sebelum menyesal seperti Suhaila.

Monday, March 2, 2015

Gagal dan ulang

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Untuk misi 55 hari, dah terang-terang lagi bersuluh memang gagal.

Mari teruskan untuk misi seterusnya.
Misi 442015.
Started today.
Bersama Anis Faridah.
So far harini macam ok.
Tapi tak berapa sebenarnya.
Malam dok kunyah muruku pagoda pula.
3 ke 4 ketul ada kot.

Esok pagi kita timbang ye. Sebab belum timbang lagi untuk misi yang ni.

Nite. Assalamualaikum.

Wednesday, February 11, 2015

Karok itu workout

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Alhamdulillah potluck simple-simple antara kawan-kawan exELTP dgn beberapa kawan office berjalan dengan lancar. Walaupun tak banyak makanan berat tapi pada aku ok la tu kan. Perut perempuan yang makan pun. Ni kan yang tak seberapa berat pun tak berapa nak habis, lagikan kalau banyak masakan berat. Alhamdulillah. Tak ada la kami membazir sangat. Hehehe.

Tengah-tengah tunggu nak solat Maghrib kat surau office, member whatsapp. Ajak karok weh. Aku on je. Pas habis solat, naik office ambil beg. Then chow.  Naik satu kereta je. Jimat. Hahaha. 2 jam balun karok. Suara pun tak ada.

Sekarang masa untuk tidur lah.

Tuesday, February 10, 2015

New me not new me

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Minggu lepas adalah minggu heaven.Heaven ke haven? Tak tahu la.
Makan memang tak ingat dunia.
Daripada 60.6kg 30Jan, pagi tafi timbang dah jadi 61.9kg semula.
Wow! Pencapaian yang amat memberangsangkan.
Bangga kau. Hahaha.
Harini start balik la.
Sebab dah masuk cabaran 2 minggu bersama-sama rakan KDA tu.
Tapi depa dah start Isnin. Semalam la.
Aku start harini. Lantak la depa nak cakap ape.
Bukan aku menang pun.
Haha.
Tak apa.
Yang penting usaha weh.
Harap-harap kuat la aku nak tempuh 2 minggu ni.
Jom.

Wednesday, February 4, 2015

1 bulan lagi

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Hatini 4 Feb. So genap lagi 1 bulan adalah 4 Mac.
Misi nak kurus selim melim masa hati jadi mungkin tak kesampaian.
Tapi andaikata saya start harini semula, misi tu akan tercapai.
Jadi..Adakah saya akan meneruskan misi saya?
Saya rasa malas sebenarnya minggu ni nak teruskan misi.
Lepas tu saya dah sedap makan bukan-bukan.
Aigoo..Macam mana ni.
Orang lain dah ramai yang kurus dah.
Saya bulat lagi. Tak berubah apa pun.

Hurmm..

*Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.