Thursday, January 29, 2015

Plan B

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Alkisah nak jadi kaya raya.
Duit berjuta-juta.

Sebenarnya tak ingat sangat pun lirik lagu ni.
Hahaha.
Main belasah je kan.

Plan ke JB & Tioman.

Sebenarnya plan asal nak ke JB je. Jalan-jalan UTM, mengimbau kenangan lama. Tapi Kin ajak ke Tioman. Aku on je. Harini nak book chalet kononnya. Submit booking. Online katanya kan. Submit la. Hahaha. After few hours, dapat reply kata chalet tutup dan akan dibuka bulan 3. Ok. Melepas sudah nak ke Tioman.

So now kena cari plan B la. Tak tahu nak plan apa. Sebab pulau-pulau ni memang aku tak reti sangat.
Tapi tahu la juga sikit-sikit. Batu Layar. Telok Gorek. Pantai Lanun. Tanjung Balau.

So apakah agaknya plan B kami nanti?
Tunggu....

Wednesday, January 28, 2015

Inspirasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perpaduan.

Kalau ikut #misi55hari saya, harini adalah bari ke-24. 3 minggu lebih dah kan. Tapi berat turun tak banyak. Minggu ni berat menaik sebab hal yang semalam saya cerita tu.

Harini, sempat berbual dengan officemate. Sebenarnya tak berapa perasan yang dia dah lose some weight. Tapi sebab dia buat green tea dah dua kali, pagi dan tengahari, so bertanyalah saya kepadanya.

SJ : Eh, buat green tea lagi..
MF: Ha ah..diet ni dia tak mau membuang pulak..
SJ : Oh, diet ke..

Tak sempat nak sambung. Kbai.

Ok. Boleh sambung dah.

SJ  : Oh, diet ke..Kalori ke Atkins?
MF : Atkins..

Dan....Panjang la officemateku ni bercerita. Alkisahnya dia masuk competition lose weight ni. Compete dengan ahli group whatsapp dari KDA juga. Dari ramai-ramai yang hantar penyertaan, admin group tu cuma pilih 20 orang je. Dan dia menang. Memang sangat memberikan inspirasi lah weh. Walaupun dia ni kadang-kadang annoying (dulu la), tapi kerana kejayaan dia ni, aku tabik spring toink toink la. Sebab aku tak pernah nak segigih dia. Bila dengar cerita dia tu, terus la aku gigih lebih sikit la.

Tapi..ada tapinya..
Bila sampai rumah je, nampak keropok la apa la mula la mulut ni buat hal. Dia pergi makan kerolok tu. Hadoi la hai. Baru tadi siang ni berazam tak nak kantoi kononnya. Tapi bila sampai rumah je, terus ke laut. Nasib baik tak dalam sangat. Harapnya masih ada harapan la nak turun sikit bila timbang esok pagi.

Okbai.

*MF=Mohd Fazli

Tuesday, January 27, 2015

Masak

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Masak. Tapi memang tak berkaitan langsung dengan hal masak memasak.

Day 23. 62.1kg. Dah boleh kira macam start all over again la.
Ni la hasil makan roti, then makan nasi dengan tomyam ayam hari Ahad. Semalam pagi and tengahari mungkin tak berapa kira sangat la. Tapi malam makan keropok and limau Mandarin dua biji. Lepas tu siang minum air masak 1.5L je. Hari Ahad air masak lagi la kurang kan.

Haish.
Memang masak.
Usaha semula la ye Suhaila.
Good Luck.

*Minggu ni nak try elak makan malam la. Apa agaknya effect kat weight kan?

Monday, January 26, 2015

TechM Bowling Tournament 2015

Assalamualaikum semua.
Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Semalam hati Ahad 25 Januari 2015 telah berlangsung pertanfingan bowling untuk TechM associate.
Penyertaan sebanyak 21 kumpulan, terdiri daripada local associate dan juga expats.
Free. Siapa la tak nak join. No need to spend money pun.
Just transportation and meal je la after the event.
Morning kita ada bagi simple goodies. Tapi banyak lebih sebab kita bajet setiap peserta akan bawa pasangan. Tapi nampaknya kali ni ramai yang datang sendiri.
So banyak goodies lebih.
But anyway it's okay. Not a big problem
Ada suka duka juga penganjuran kali ni.
Tapi tu adat la.
Bagi pihak aku, aku tak rasa ada yang dukanya.
Sebab aku tolong tak banyak sangat pun.
Tapi ada kawan organizer yang terpalit kedukaan sedikit.
Tapi tu cabaran.
Kawan organizer saya kuat dan tabah orangnya.
..smile..

Saya tak masuk pertandingan sebab nak tolong Kakak organizer jafi marshall.
Tapi hari kejadian saya tak tahu la kenapa. Saya rasa malas yang amat nak ambil gambar.
Saya cuma jalan-jalan ke hulu ke hilir tolong apa yang boleh tolong.
Tapi saya tak ambil gambar pun.
Hahaha.
Saya sendiri pun pelik kenapa saya hari tu.
Hurmm..

Ok. Tu je la pasal bowling semalam.
Tak ada cerita sangat pun.
Harharhar.
See you next time.

Friday, January 23, 2015

Boleh la..

Assalamualaikum..
Salam sejahtera. Salam perpaduan

Semalam saya cakap saya nak bagitau berapa turun kan. Sebab harini hari timbang untuk housemate.
61.1kg
Boleh la. Anggap je la sebab tengah period kan. Hihihi.

06 Jan 63.4 kg
09 Jan 62.5 kg
16 Jan 61.7 kg
23 Jan 61.1 kg (Total lost 2.3 kg) SAHAJA!!

Oh. Tak mengapa. Biar lambat asalkan selamat.
Istiqamah katanya.

Good luck.

Thursday, January 22, 2015

Celap celup celap celup

Assalamualaikum warahmatullah.
Salam sejahtera. Salam perpaduan

Dah lama tak jumpa kan.
Biasa la. Nama pun Suhaila.
Biasanya memang angan-angan tahi ayam je.
Beria dulu kata nak selalu up entry kan.
Last-last tak jadi apa juga.
Hahaha.

Harini dah hari ke-18 konon-konon diet.
Dah turun berapa kilogram? Memang tak usah tanya la sepatutnya.
Takat turun 1 kg je pun memang tak payah la kau nak bangga. Hahaha.
Tak ingat la dah berapa kg turun.
Sok pagi timbang. Rutin untuk housemates saya.
Depa tu diet ke tak saya pun tak tahu lah.
Tapi masalahnya, saya yang diet tapi depa yang turun berat.
Haa.. Acane nak jawab tu. Pelik kan?
Tapi Hafizah kata nampak macam saya susut sikit.
Tak tahu lah mata dia tak berapa sihat kot.
Hihihi..
Hari ini dalam sejarah. Saya dapat habiskan lebih dari 3liter air. Lebih kurang 4liter. Mungkin.
Esok saya timbang saya update semula hokkeh.