Wednesday, January 28, 2015

Inspirasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perpaduan.

Kalau ikut #misi55hari saya, harini adalah bari ke-24. 3 minggu lebih dah kan. Tapi berat turun tak banyak. Minggu ni berat menaik sebab hal yang semalam saya cerita tu.

Harini, sempat berbual dengan officemate. Sebenarnya tak berapa perasan yang dia dah lose some weight. Tapi sebab dia buat green tea dah dua kali, pagi dan tengahari, so bertanyalah saya kepadanya.

SJ : Eh, buat green tea lagi..
MF: Ha ah..diet ni dia tak mau membuang pulak..
SJ : Oh, diet ke..

Tak sempat nak sambung. Kbai.

Ok. Boleh sambung dah.

SJ  : Oh, diet ke..Kalori ke Atkins?
MF : Atkins..

Dan....Panjang la officemateku ni bercerita. Alkisahnya dia masuk competition lose weight ni. Compete dengan ahli group whatsapp dari KDA juga. Dari ramai-ramai yang hantar penyertaan, admin group tu cuma pilih 20 orang je. Dan dia menang. Memang sangat memberikan inspirasi lah weh. Walaupun dia ni kadang-kadang annoying (dulu la), tapi kerana kejayaan dia ni, aku tabik spring toink toink la. Sebab aku tak pernah nak segigih dia. Bila dengar cerita dia tu, terus la aku gigih lebih sikit la.

Tapi..ada tapinya..
Bila sampai rumah je, nampak keropok la apa la mula la mulut ni buat hal. Dia pergi makan kerolok tu. Hadoi la hai. Baru tadi siang ni berazam tak nak kantoi kononnya. Tapi bila sampai rumah je, terus ke laut. Nasib baik tak dalam sangat. Harapnya masih ada harapan la nak turun sikit bila timbang esok pagi.

Okbai.

*MF=Mohd Fazli

No comments:

Post a Comment