Tajuk entry macam nak kompiuskan orang. Hahaha. Saja je nak buat kompiuskan orang.
Aku rasa nak cerita semua yang aku dah lalui setakat ni. Dari mula aku masuk UTM, sampai sekarang ni. Mungkin ramai yang tak tahu, so akan cerita semua (tak berapa nak semua kot) kalini.
Mula-mula dapat tawaran masuk UTM, aku pun dah tak ingat la macam mana. Tapi yang pastinya, masa tu aku dan Shida Salban dapat masuk sekali. Kawan kitorang, Nurul dan Siti dah terlebih dulu masuk sini. So nak kirakan kami ni junior depa la.
Masuk pendaftaran, aku boleh salah kolej pula. Aku pergi Kolej Tuanku Canselor. Tu la bahana kalau tak nak tanya kat orang. Hahaha. Tak apa la. Pengalaman kan semua tu.
Selesai pendaftaran, ambil gambar untuk kad matrik, apa-apa lagi entah, start la masa untuk orientasi. Masa ni dipanggil Minggu Haluan Siswa (MHS). Now minggu ni dipanggil Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM). Tak tahu la kot sesi depan akan tukar lagi. Sebab dengar-dengarnya moto UTM tukar lagi. Tak apa la. Abaikan.
Minggu Haluan Siswa. Berkumpulan dengan kawan-kawan dari pelbagai IPT. Kin, Ama, Mai, K.Ainun, Hani, yang lain-lain aku tak ingat. Maafkan aku. Hehehe.. Kerenah memang macam-macam la. Tapi semua memang best.
My roommate. Cikin. Nak aku letak nama penuh ke Kin? Sanggup dia duduk dengan aku sepanjang 2 tahun pengajian dia kat sini. Sangat terharu. Maklum la. Aku ni hanginnya pelik banyak. Tapi alhamdulillah sampai harini kami masih berkawan. BFF.
Julie, Wanie, Ecah, Sal, Eqa, Ching, Ruby, Kib, Ijan, antara lain yang rapat dengan kami sepanjang berada di UTM ni. Shida dan Liza pun rapat tapi dorang tak lama kat UTM. But still friends until now kan guys! BFF.
Lepas dorang habis belajar, aku rasa macam lost. Hari-hari rasa nak pergi jumpa dorang. Haish, Sebak lak tiba-tiba. Tak apa. Until now pun boleh jumpa. Tapi tak selalu.
Belajar. Tak nak belajar. Belajar. Tak nak belajar. Dah kena nasihat banyak kali pun tak makan saman. Ramai yang bagi sokongan dan dorongan, pun tak makan saman juga.
K.Sarah, Effa, K.Tie, ni semua kawan-kawan Ama dan Mai. Masuk Lawnbowl, kenal pula dengan Rina, Dayah, Izzah, Pah, Zaki, Hairi, Epul, Napi. Memang nice.
Scholar's Inn. Apply kerja kat sini. Part-timer. Diterima. Jumpa macam-macam orang lagi kat sini. Mus, Dayah, Isha, Zati, Aya, Moja, Sufee, Cimpeng, Kamal, Paktam, Akhram, Afif, ramai sangat la nak sebut. Hahaha. Bertukar-tukar orang sebab ada yang dah dapat kerja, ada yang berhenti atas sebab-sebab tertentu. Tapi still kawan sampai sekarang. Kalau jumpa still tegur. Tak ada masalah. Buat apa nak gaduh kan. Tak ada sebab kot. Hahahaha..
Staf Scholar's Inn, En. Madi, En. Jo, En. Ali, En. Zainon, En. Suhaimi, En. Zuraimi, dan Pn. Atipah. Awesome! Senang bekerjasama dengan depa. Alhamdulillah.
Insyaallah, kalau tak ada apa aral, selesailah segalanya di sini. Insyaallah. Semoga segalanya dipermudahkan lagi. Tinggal sikit je lagi. Kalau tak selesai juga, memang tak tahu la nak cakap apa. Pasrah kot. Hwaaa~
Tak sabar nak :
- Kerja
- Bayar hutang PTPTN (banyak wooooo~)
- Kumpul duit
- Beli rumah, beli kereta
- Kahwin
Insyaallah~~
* Banyak nak tulis. Tapi kalau tulis semua, seminggu pun tak habis kot.
kak........sudah berjaya....chaiyok!!
ReplyDeletekuat semangat akk neh...kalau sy da kiokkk dulu daaa....teringat di zaman tuh....rase nk meraung ade kot...:)
ALL DA BEST DEAR SIS!!! CONGRATE!!
thanks miss mun..insyaallah berjaya la kot..even result x bes pn..tp dh lepas sume..insyaallah.. =)
ReplyDeletewaaaahhhh...ade nm kita dlm blog dia laaaaa..hahaaaa...satu nk tmbh ms MHS. Chu-ai lupe tggu akk ms nk amek gambo...huhuuuu..(nangis)
ReplyDelete