Tuesday, July 13, 2010

Semester Baru Bermula Lagi

Ni minggu pertama perkuliahan. Walaupun aku sebenarnya dh ada lama kat UTM ni, tapi minggu pertama kuliah la minggu yg paling sibuk utk semua student. Is it right all my friends? Haha.. And same to me la as one of UTM students. Khamis lepas daftar subjek. Nak daftar 1 subjek je, tapi busynye kalah orang yg daftar 5 6 subjek. Kihkih. Khamis tak setel, bawa ke Jumaat. At last, tak setel juga sebab Pn Razana [my PA] tak dapat dijumpai.

Selasa datang semula ke fakulti. Jengah bilik Pn Razana. Tak ada. Pergi makmal, berbual-bual dgn En. Zahari. Cadang nak tukar tajuk. Hmm.. Tapi boleh ke. Yer.. Sangat buang masa kan aku ni. Keluar makmal, terserempak pula dgn En. Din. "Eh, Chu-aiiiiiii..." Aduh.. Panjang lak dia nye panggil tu. Pastu terserempak dgn Pn. Azurah pula. Aku dah cuak je nak jumpa dia. Huhu.. Tapi Pn. Azurah bercakap dgn sangattttt lembut dgn aku. Rasa nak menangis time tu juga. Terharu siott.. Jahatnya aku ni, masih boleh beliau bercakap dgn mesra seperti tiada apa-apa perasaan marah and whatever. Beliau suruh aku buat juga sampai siap. Beliau kata jangan buang masa lagi, macam-macam la beliau cakap pada aku.

Yg merunsingkan aku sekarang ni, siapa pula SV aku utk PSM II ni? Pn. Azurah cakap Pn. Razana. Bila jumpa Pn. Razana, Pn. Razana tak mau sebab under beliau dh ramai budak. So????? Hmm.. Kena setel dgn Pn. Azurah la nampaknya. Tapi tak jumpa lagi Pn. Azurah. Wanie kata, "Takpe. Buat je.. Tak kisah la siapa SV.. Yg penting buat.." Betul juga apa Wanie cakap tu..

Chaiyok Chu-ai !!!!!

No comments:

Post a Comment