Selalu orang cakap seharian bla bla bla. Ni aku nak cerita semingguan aku pula.
Perkenalan
Jumaat lepas aku balik kampung. Sabtu malam boleh pula ada mamat salah hantar mesej. Rasanya dia nak bagi kat kawan dia, nak ajak keluar pergi bandar. Setelah semingguan selidik - tapi tak selidik banyak sangat pun - dapat tau umur dia dah 30. Suami orang. Tapi dia kata dia dalam proses cerai. Hmm.. Lelaki. Ada je alasan dia. Yang ada konon isteri tak layan la. Tak bahagia dengan isteri la. Tu la. Ni la. Adakah aku akan tertipu lagi???? Persoalan yg menarik. So far, dalam minggu ni dah 2 kali jumpa dia. Orangnya jenis cakap ikut suka suki je. Agak-agak progress baik ke lepas ni? Tapi dia suami orang!!!
Pindah Bilik
Isnin. Sedang ku enak berbaring-baringan di atas katil di ex-bilik Ijan, aku terdengar ketukan bertalu-talu yg agak kuat di pintu bilikku. Bila ku buka, rupa-rupanya Abang Mat daa.. Rupanya dia nak suruh kita pindah bilik haritu juga sebab dia kata takut nanti makcik cleaner tak sempat kemas. Maklum la. Hujung minggu ni kan budak baru nak masuk untuk MHS.
Dengan segera dan tak mandinya aku pun sarung tudung terus pergi ke office K9. Tanya-tanya, aku dapat bilik asal. 3103. Hehehehe.. Agak gumbira la. Tapi fikir kat tingkat 3 tu, penat la pulak. Tapi apa pun, tetap suka. Yeay !! Terus balik bilik, kemas-kemas semua. Kul 3.30 kot, pergi office tukar kunci. Aku dan Nilam berlari-larian memindahkan barang kami ke bilik baru/lama aku. Berlarian ke? Naik lif lagi ada. Haha.. Habis angkat barang, sapu-sapu and mop bagai, susun la sikit-sikit barang yg ada. Nilam kata nanti tak cantik. Haha.. I LIKE THIS GIRL. Hihihi.. Siap je kemas, EZ mesej minta tolong angkat barang dia pula. Aduih.. Lenguh kaki. Tak apa. Lagipun tadi dah janji nak tolong EZ. Memang mula-mula EZ kata nak pindah esoknya je. Tapi aku kata, kalau esok sama juga. Alang-alang penat, biar penat terus. Huhu.. Nasib baik bilik EZ kat ground level je. Tapi menapak jauh juga la. Jam menghampiri 5.40ptg, Kib balik dari fakulti. Dia terkejut sebab EZ dah angkat barang. Tapi tak apa la. Hihi.. Kib puasa rupanya haritu. Pastu kami pun cepat-cepat la tolong EZ angkat barang tu sebab dah janji nak pergi pasar malam sama-sama. Huish. Penat tu weh. Tapi pasar malam tetap pasar malam ok. Yoshh.. Kaki ni lenguh dekat 3 hari juga la.
Lagi??
Claim Duit Yuran
Selasa pergi temankan Nilam ke Bendahari. Ada benda dia nak setel. Masa dia jumpa staf bertugas tu aku terdengar la pasal kredit-kredit ni. Aku pun tanya la apa benda yg dia cerita kan tu. Dia cerita la pasal kalau daftar bawah 5 jam kredit, boleh claim balik yuran - kalau yuran tu UTM kira full. Sampai je fakulti, aku terus la bukak Aimsweb, check balik sem bila yg aku daftar bawah 5 jam kredit. Pastu terus pergi office minta surat menyatakan aku bawah 5 jam kredit. Setelah berbincang whatever, surat pun siap la. Petang pergi Bendahari semula. Staf kat kaunter tu kata tak boleh claim pula sebab semester lazim la apa la. Aku pun tak faham. Lastly, Puan tu suruh kami jumpa Puan yg kat dalam bilik [pangkat lagi besar la tu]. Satu habuk aku masih tak faham. Haha.. Tapi Puan tu suruh je Puan yg kat kaunter luar tu buat je claim tu. Kalau dapat, dapat la. Kalau tak, bukan rezeki kami orang la. Hokies..