Tiba-tiba terasa pulak nak share dgn korang pasal kerinduan yg amat pd emakku yg tersayang nun jauh di kampung tu. Minggu lepas tak dapat balik sebab ada degree++ ASP.net. Dah la semua adik-beradik balik. Ingat senang ke semua nak berkumpul sama2 kalau bukan time raya. Time raya pun susah nak berkumpul sama2 tau. Huhu.. Memang sayu betul hati ni la. Dah macam lirik lagu la pulak. Aduh~..
Tapi kesayuan hatiku haritu terubat jugak la dengan kedatangan kakakku membawa barang2 yg diminta oleh aku. Hehe.. Ada beras, bawang, bilis, tepung, gula, kentang.. Tak sia2 jugak aku tak balik. Sayang jugak kakak aku kat aku kan. Walaupun kakak aku sampai dah lewat dah, pukul 1 lebih (pagi ok, bukan petang), tapi bersyukur sangat sebab dapat jugak rasa nasi ambeng dari kampung. Yummy~.. :D
First time berbuka puasa hari puasa pertama tak bersama family. Sebelum ni kalau first day puasa mesti berbuka dengan mak, takpun dengan kakak je la. Maklum la. Ada kakak duduk dekat dgn UTM ni kan, Hehe.. Minggu ni nak balik pun tak boleh jugak. Ada degree++ ASP.net lagi. Kalau minggu lepas utk Basic, minggu ni utk Advanced pulak. Semoga ilmu2 yg aku perolehi mendapat keberkatan dariNya. Amin...
Teringat kalau nak sahur tu, mesti bangun awal sebab nak tolong mak kat dapur. Padahal kadang2 tak tolong apa sangat pun. Setakat tolong panas2 kan lauk je, tapi kena la tolong kan. Lagi2 kalau ramai yg balik. Hehe..
Rindu kat mak..